(isi buah nangka)
Buah nangka atau
nama saintifiknya ARTOCARPUS HETERPPHYLLUS dan di dalam bahasa inggeris dikenali sebagai JACKFRUIT merupakan sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersial didalam pasaran. Rupa dan bentuknya yang besar membuatkan ia lebih mudah untuk dikenalpasti bagi sesiapa yang mengenalinya.
(buah nangka)
Bagi yang tidak mengenali buah nangka, gambar diatas merupakan isi dan juga buah nangka yang telah matang dan boleh dimakan. Warna isinya yang menarik dan juga manis rasanya apabila dimakan membuatkan ramai yang mengemari rasanya. Isibuahnya yang berjus dan manis membuatkan para penggemar buah ini tidak jemu untuk mencari buah yang sungguh lazat ini. Bukan itu sahaja, buah nangka juga boleh dijadikan bahan utama dalam masakan. Contohnya pelbagai resepi masakan seperti kek, kuih, bubur, manisan dan pelbagai lagi. Disini saya sertakan antara resepi kek nangka madu yang boleh dicuba buat.
BAHAN-BAHANNYA
125 gram mentega
120 gram gula kastor
1 biji telur gred A
125 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour)
1/4 camca teh esen nangka @ esen vanilla
125 ml susu segar
3 - 4 ulas nangka madu, ambik isinya dan hiris kasar (asingkan sedikit untuk hiasan)
Secubit garam
BAHAN-BAHANNYA
125 gram mentega
120 gram gula kastor
1 biji telur gred A
125 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour)
1/4 camca teh esen nangka @ esen vanilla
125 ml susu segar
3 - 4 ulas nangka madu, ambik isinya dan hiris kasar (asingkan sedikit untuk hiasan)
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA:-
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan loaf bersaiz 6inci x 3inci x 2.5inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas dan lenser kertas tadi. Ketepikan.
- Putar mentega dan gula kastor hingga putih dan gula larut. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
- Masukkan esen vanilla @ esen nangka dan nangka hiris, gaul rata, tuang dalam tin tadi dan tabur atasnya dengan hirisan nangka yang diasingkan sebagai hiasan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kek masak. Biar sejuk sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas redai. Boleh hidangkan.
Contoh gambar kek nangka madu.
No comments:
Post a Comment