Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah
stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang
memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini,
RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran
radio daerah serta tiga saluran televisyen. Itu adalah sedikit latar
belakang mengenai rtm, bukan apa tetiba aku ingin nak tulis pasal rtm ni mybe
aku rindu kot kat rtm ni. Pada tahun lepas 2015 sebelum aku masuk UKM untuk
sambung belaja, aku pernah bekerja di rtm walaupun bukan sebagai pekerja tetap namun
tugas yang aku pikul waktu tu amat berat almaklumlah keje yang berkaitan dengan
bidang penyiaran memang mencabar dan kene on time jew kalau tak mesti kene mara
la. Sebenarnya sebelum aku dapat keje kat rtm ni aku pernah buat praktikal kat
rtm masa sem last diploma, waktu tu aku start buat praktikal bulan 12.2014 dan
habis praktikal pada awal bulan 4.2015. Pada awal bulan 5 tahun lepas aku ditawarkan untuk
berkerja di Bahagian Pemasaran & Promosi RTM dan aku ditempatkan dibawah Sistem
Penjadualan Pemasaran dan Promosi. Pendek cerita aku ditempat bahagian penjadualan
iklan tv dan radio. Jadinya aku telah ditugaskan untuk key in dan susun jadual
periklanan radio, masa tu aku kene jaga radio Kedah fm, langkawi fm, Negeri fm, Melaka fm, dan Nasional fm. So aku saja nak bercerita yang aku banyak timba
pengalaman mase aku kat rtm ni. Kekadang rindu kat sana, ada jugak kalau cuti
aku pegi sana memandangkan jarak rumah aku dan rtm ni sangatlah dekat kalau
naik kereta dan tak jem adalah lebih kurang 5 minit. Ok sampai disini sahaja
dan mungkin akan bersambung lagi cerita ini.
Pintu masuk ke pejabat sistem penjadualan pemasaran dan promosi rtm
No comments:
Post a Comment