Tidak dapat digambarkan jika hilangnya insan yang paling disayangi iaitu keluarga. Tanpa ibu bapa siapalah kita. Allah telah mengurnikan dua insan yang terindah bagi diri kita sewaktu kita dilahirkan didunia ini.
Segala keperluan dan kehendak kita akan ibu bapa penuhi agar kita sentiasa gembira walaupun mereka berada dalam keadaan susah atau senang.
Bagi aku keluarga insan yang sangat beharga dalam hidup aku. Memang tak dapat aku bayangkan jika suatu hari nanti mereka hilang dari hidup aku. Mama papa dan adik beradik adalah insan yang paling aku sayang sepanjang aku hidup di dunia ni.
Masa aku dilanda masalah merekalah yang sentiasa berada disamping aku, mereka tidak pernah putus asa dalam memberi semangat dan dorangan kepada aku sehingga kini. Aku sememangnya sangat besyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat memahami diri aku. Kekuatan dan kelemahan dalam diri aku sememang keluarga aku yang lebih tahu berbanding orang lain.
Hanya syukur dan doa yang dapat ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana telah memberiku hadiah yang tiada tandingan nikmatnya kasih sayang berada di dalam sebuah keluarga yang bahagia.
No comments:
Post a Comment