Monday, 25 April 2016

SAHABAT

Sahabat merupakan insan yang beharga dalam hidup. Sahabat merupakan insan yang sentiasa ada dengan kita apabila kita ditimpa susah atau senang. 
Tidak ramai manusia yang mempunyayi sahabat sejati. 
Baginda rasulullah adalah insan yang sangat bertuah kerana mempunyai ramai sahabat yang sejati. 

Aku adalah insan yang biasa, tidak mempunyai ramai sahabat, sehingga sampai sekarang aku masih mencari insan yang bergelar sahabat. 
Sayup terasa hati tak kala melihat kebahagian orang lain yang mempunyai sahabat. Kadang kala aku terfikir tidak layakkah aku menjadi seorang sahabat kepada orang lain, atau adakah diri aku ini belum cukup sempurna untuk menjadi seorang sahabat yang sejati. 
Rasa cemburu juga akan hadir, apabila melihat gambar kawan - kawan atau kenalan lama bergambar atau keluar tanpa mempelawa diri aku ini. Meraka juga sering kali keluar atau melancong bersama - sama bagaikan tali yang sungguh kukuh ikatannya sedangkan aku sering kali diketepikan begitu sahaja.
 Manakan hati kecil ini tidak terasa, sedangkan ketika zaman persekolahanlah banyak kenangan - kenangan manis dan perit telah dicipta bersama. Namun aku redha dengan ketentuannya, rasa sayang pada mereka masih terpahat dalam sanubari ini, namun semua itu hanya tinggal kenangan buat diri aku.
Kini aku juga bersyukur dikurniakan sahabat yang lebih baik, yang memahami diri aku ketika waktu susah dan senang juga sentiasa memberi dorongan dan semangat ketika aku memerlukan meraka.
 Walaupun perkenalan dengan mereka masih lagi baru, namun keakraban dan ciri - ciri sahabat yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan aku lebih besyukur dengan kehadiran mereka dalan hidup aku ini.

No comments:

Post a Comment