Tuesday, 15 March 2016

LESU




Lesu memamg satu sifat yang negatif. Tidak dapat untuk dinafikan bahawa sifat lesu kadang kala atau sering kali menyerang manusia. Apabila sifat ini menyerang, manusia akan kelihatan tidak bermaya, badan terasa malas, minda terasa beku dan tiada tanda – tanda positif dapat dilihat pada seseorang yang telah diserang sifat lesu. Sifat lesu akan menjadikan diri seseorang akan menjadi pasif dan tidak aktif. Mereka selalunya akan kelihatan seperti orang yang sakit kerana dapat dilihat pada pergerakan serta raut wajah yamg kurang bermaya. Oleh itu pelbagai langkah boleh diambil bagi mencegah sifat negatif ini antaranya kita perlu minum air dengan cukup bagi mengelakkan lesu. Air yang cukup akan membekalkan oksigen ke seluruh badan maka sekali gus badan dan minda akan terasa segar dan cergas. Sebagai individu yang bekerja mahupun pelajar kita dinasihatkan untuk minum air, kerana air dapat memberikan tenaga kepada badan dan kita juga dapat melakukan segala aktiviti harian dengan lebih cergas.

No comments:

Post a Comment