Tuesday, 22 March 2016

MAKEUP


Wahh tajuk yang memang menarik perhatian para gadis – gadis sama ada kanak – kanak, remaja mahupun orang dewasa. Makeup memang tidak dapat diasingkan dengan wanita. Siapa sahaja ingin kelihatan cantik berseri tidak kira memerlukan kos yang mahal atau pun murah. Lambakan pelbagai jenama produk kosmetik telah menjadikan para wanita berpusu – pusu untuk mencari produk yang terbaik bagi kecantikan wajah meraka. Saya juga amat meminati makeup sama seperti wanita lain, namun ada juga segelintir yang tidak meminatinya. Wanita yang sering memakai makeup selalunya akan kelihatan berseri dan wajahnya tidak kelihatan kusam berbanding yang tidak memakai makeup. Wanita yang tidak memakai makeup pula selalunya akan menngekalkan prinsip sentiasa kelihatan natural tanpa memakai sebarang solekan keatas wajah meraka. Bersolek atau tidak adalah terpulang kepada atas individu masing – masing. Namun ada juga tomahan yang dilemparkan kepada wanita yang suka memakai makeup, mereka sering ditomah sebagai wanita fake kerana telah memakai makeup tanpa mengekalkan muka yang natural. Seharusnya kita perlulah saling hormat dan jangan menghakimi antara satu sama lain. Wanita yang sering memakai makeup juga dinasihatkan sentiasa mengekalkan makeup yang natural tanpa mengubah bentuk wajah yang asal dan janganlah memakai makeup yang terlalu berat melainkan ketika hendak menghadiri ke sesuatu majlis. 

No comments:

Post a Comment