Berdasarkan pada tajuk pon dah tahu
lemau itu ape, lemau bermaksud makanan yang telah didedahkan kepada angin.
Apabila makanan telah didedahkan kepada angin ia akan mengakibatkan sifat asal
makanan tersebut hilang. Contohnya, biskut atau keropok yang telah lama
didedahkan ia akan menjadi lembik dan liat apabila dikunyah berbanding sikat
asalnya yang keras dan ranggup. Lemau juga sering dikaitkan dengan
pelajar, percaya atau tidak ianya adalah
benar kerana di Malaysia jika pelajar berada didalam kelas tidak bersemangat
sudah pastinya Cikgu atau Pensyarah yang mengajar pada ketika itu akan
mengatakan para pelajarnya lemau. Jadinya para pelajar tersebut bolehlah disama
ertikan dengan biskut atau keropok yang telah dimasuki angin. Bukan itu sahaja,
kadang kala kita juga memang akan merasai lemau pada diri sendiri. Ianya
mungkin disebabkan kekurangan tenaga pada badan dan akan membuatkan diri kita nampak
lebih lesu atau lemau.Walaupun agak pelik, tetapi itulah yang saya tahu bahawa
perkataan lemau ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Jadi kita
perlulah sentiasa bersemangat dan cergas agar tidak dipandang LEMAU oleh orang
lain.
No comments:
Post a Comment