Monday, 25 April 2016

SAHABAT

Sahabat merupakan insan yang beharga dalam hidup. Sahabat merupakan insan yang sentiasa ada dengan kita apabila kita ditimpa susah atau senang. 
Tidak ramai manusia yang mempunyayi sahabat sejati. 
Baginda rasulullah adalah insan yang sangat bertuah kerana mempunyai ramai sahabat yang sejati. 

Aku adalah insan yang biasa, tidak mempunyai ramai sahabat, sehingga sampai sekarang aku masih mencari insan yang bergelar sahabat. 
Sayup terasa hati tak kala melihat kebahagian orang lain yang mempunyai sahabat. Kadang kala aku terfikir tidak layakkah aku menjadi seorang sahabat kepada orang lain, atau adakah diri aku ini belum cukup sempurna untuk menjadi seorang sahabat yang sejati. 
Rasa cemburu juga akan hadir, apabila melihat gambar kawan - kawan atau kenalan lama bergambar atau keluar tanpa mempelawa diri aku ini. Meraka juga sering kali keluar atau melancong bersama - sama bagaikan tali yang sungguh kukuh ikatannya sedangkan aku sering kali diketepikan begitu sahaja.
 Manakan hati kecil ini tidak terasa, sedangkan ketika zaman persekolahanlah banyak kenangan - kenangan manis dan perit telah dicipta bersama. Namun aku redha dengan ketentuannya, rasa sayang pada mereka masih terpahat dalam sanubari ini, namun semua itu hanya tinggal kenangan buat diri aku.
Kini aku juga bersyukur dikurniakan sahabat yang lebih baik, yang memahami diri aku ketika waktu susah dan senang juga sentiasa memberi dorongan dan semangat ketika aku memerlukan meraka.
 Walaupun perkenalan dengan mereka masih lagi baru, namun keakraban dan ciri - ciri sahabat yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan aku lebih besyukur dengan kehadiran mereka dalan hidup aku ini.

UJIAN

Ujian merupakan lumrah yang dberi olehnya dalam menjalani kehidupan seharian. Setiap ujian yang diberi olehnya pasti mempunyai hikmah disebaliknya.
 Kita sebagai hambanya perlu berusaha sedaya upaya untuk menempuhi cabaran dan ujian yang diberi tanpa berputus asa dengan mudahnya. 
Doa serta tawakal selepas berusaha perlu dilakukan agar segala usaha yang kita diberkati olehnya.


Disepanjang hidupku selama 22 tahun ini, bermacam - macam ujian yang telah aku tempuhi. Bermulanya selepas SPM aku rase ujian yang aku tempuhi dalam hidup ni semakin mencabar dan lebih gempak. 
Pada masa tu aku rase memang bergelut habis untuk bertahan dan sentiasa berusaha untuk majukan diri. 
Masa lepas sekolahlah aku belajar untuk bekerja, masa tu first time kene mara kene tengking semualah aku pernah rase memang hati kene kental nak hadapi sume bende tu dan selepas itu aku telah terplih untuk pergi ke PLKN. 
Masa kat PLKN la paling mencabar sebab first time kene duduk asrama pastu kene pisah dengan mak ayah pulak kan, memang rase nak nangis je.
 Tapi sukurlah sebab sumuanya telah mengajar aku untuk jadi insan kuat dari sebelumnya.
 Selepas itu, ujian aku diteruskan dan aku telah sambung belajar di Kolej Universiti Islam Melaka selama 3 tahun, aku bersyukur sebab semua ujian telah pon aku dapat hadapi dengan izinnya dan aku telah pon mendapat diploma pemasaran pada tahun lepas. 
Ujian dan perjalanan hidup aku diteruskan apabila aku bekerja di RTM, macam - macam aku kene tempuh, tapi itu semualah ilmu dan pengalaman yang telah aku perolehi sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan pada masa akan datang. 
Kini aku berada di UKM, bagi aku UKM ni memang ujian yang paling mencabar dan aku tengah pikul ujian ni dengan hati yang kental, semoga aku akan menjadi insan yang lebih bersemangat kental semasa aku berada di UKM ni.

Monday, 18 April 2016

KELUARGA

Tidak dapat digambarkan jika hilangnya insan yang paling disayangi iaitu keluarga. Tanpa ibu bapa siapalah kita. Allah telah mengurnikan dua insan yang terindah bagi diri kita sewaktu kita dilahirkan didunia ini. 
Segala keperluan dan kehendak kita akan ibu bapa  penuhi agar kita sentiasa gembira walaupun mereka berada dalam keadaan susah atau senang. 

Bagi aku keluarga insan yang sangat beharga dalam hidup aku. Memang tak dapat aku bayangkan jika suatu hari nanti mereka hilang dari hidup aku. Mama papa dan adik beradik adalah insan yang paling aku sayang sepanjang aku hidup di dunia ni. 
Masa aku dilanda masalah merekalah yang sentiasa berada disamping aku, mereka tidak pernah putus asa dalam memberi semangat dan dorangan kepada aku sehingga kini. Aku sememangnya sangat besyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat memahami diri aku. Kekuatan dan kelemahan dalam diri aku sememang keluarga aku yang lebih tahu berbanding orang lain.
 Hanya syukur dan doa yang dapat ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana telah memberiku hadiah yang tiada tandingan nikmatnya kasih sayang berada di dalam sebuah keluarga yang bahagia.



CUTI

Cuti. Kita sememangnya akan berasa sangat gembira apabila mendapat cuti, tidak kira warga pelajar mahupun warga yang bekerja semuanya akan berasa gembira apabila tibanya hari cuti. 
Setelah melakukan segala tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanatkan manusia memerlukan ruang masa untuk rehat bagi menenangkan diri setelah berhempas pulas dalam melakukan aktiviti seharian. 
Semasa waktu cutilah kita boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah lebih lagi bersama orang tersayang. 
Aktiviti beriadah seperti berkhelah ditaman, bersenam bersama keluarga dapat mengisi masa cuti yang terluang disamping mengeratkan hubungan sillaturrahim antara ahli keluarga. Di samping itu, kita juga boleh berkongsi cerita serta bertanya khabar, dengan cara ini kita akan lebih mendekati dan prihatin dengan insan yang kita sayangi.
Selain keluarga, beriadah bersama rakan - rakan juga boleh menenangkan fikiran, apabila kita bersama rakan - rakan kita boleh berbual, bercerita tentang apa yang kita sedang lakukan, meluahkan perasaan, berkongsi cerita atau masalah, dengan cara ini kita dapat mengeratkan hubungan sesama dengan kawan kita.
Bagi golongan yang bekeluarga atau yang sudah berumah tangga, pada waktu cutilah hari yang paling sesuai untuk membersih atau menggemas rumah.
 Pada kebiasaannya pada hari cuti kaum ibu atau wanita yang bekerja akan melakukan tugasan seperti membasuh kain baju, mengemas rumah,dan sebagainya bagi memastikan rumah mereka sentiasa kemas dan bersih disamping sibuk bekerja.
Golongan pelaja pula perlulah memanfaatkan cuti yang ada dengan mengulangkaji pelajaran disamping menyiapkan tugasan yang ada.
 Sememangnya hari cuti memang hari yang dinanti - nantikan oleh semua individu yang sibuk dalam melakukan tugasan harian,tidak kira golongan yang bekerja mahupun para pelajar.
 Ianya ialah hari yang boleh memberi ketenangan kebahagiaan kepada semua orang dalam menempuhi kehidupan ini.

Monday, 11 April 2016

API


Entah kenapa aku pilih untuk cerita pasal api, ermm aku pon tak tahu kenapa, mungkin hanya sekadar hendak bercerita sahaja. Api mesti sume orang tahu ape itu api, kalau sape  yang tak tahu api tu ape mungkin orang tu bukan manusia atau die bukan orang malaysia agaknya sebab kalau dalam bahasa inggeris we call that fire kan. hahaha entah apa yang aku nak cite ni belasah jew la. Bukan ape mase aku tengah menulis cite ni aku tak berape sihat badan rase panas kepale rase pening ting tong, tu yang macam tak de idea nak bercerita ape, alang - alang post tema yang sebelum ni aku tulis pasal air jadinya kali ni dapat idea la nak tulis pasal api kononnya lawan bagi air api la kan ke tak betul, hurmm belasah je lah hahaa...

Berbalik dengan tajuk api ni, aku ade satu kisah yang menyayat hati yang rumah aku pernah dijilat api, namun berjaya diselamatkan oleh mak aku. waktu kejadian tu berlalu aku kecil lagi mungkin aku berumur 5 atau 6 tahun. semuanya berlaku disebabkan oleh kenakalan abang aku yang sulung ni, ye la aku pulak anak no 2 so aku selalu ikut jew apa yang abang aku suruh buat.

 Ceritanya begini, pada suatu hari tengahari, agaknya abang aku tngah bosan lalu dia pon mengajak aku kedapur, katanya kepada aku " sha - sha nak tngok abang buat magic tak" aku dengan gembiranya pon men jawab " nak, sya - sya nak tengok". Selepas itu abang aku pon mengambil sampul surat yang berada didalam tong sampah lalu dia pon memetik api dapur gas dan mencucurkan sampul surat tersebut ke api tadi. dan dengan keterujaan aku pon berkata " wahh magic la kertas tu hilang". Abang aku pon gembira apabila die berjaya menggembirakan aku, lalu die pon mengulangi perbuatan tersebut beberapa kali sehingga die telah terlepaskan sampul surat yang sedang terbakar ditangannya, lalu api mula merebak dan menjilat tikar getah dapur. Dalam keadaan yang ketakutan dan cemas aku pon menjerit memanggil ibuku " mama terbakar". Nasib baik mama cepat bertindak dengan berbekalkan sebaldi air yang disimpan, mama dengan sepantas kilat telah mencurah air ke tempat kebakaran.
Abang aku pula telah hilang sembunyikan dirinya. memang teruk jugak la abang aku kena belasah, kesian kat die, tu la sape suruh nakal kan.. hahahaa. Masa tu die dalam darjah 1 atau 2. Bila teringat balik kisah dulu ni buat aku nak gelak guling - guling jew.

AIR

Air adalah sumber alam semulajadi yang amat penting bagi hidupan di muka bumi ini. Allah menciptakan air bagi memenuhi keperluan hambanya oleh itu kita seharusnya menggunakan air dengan sebaik yang mungkin.


Mana mungkin hidupan di muka bumi ini boleh meneruskan kehidupan tanpa ada air. Sekitar 70% tubuh manusia terdiri daripada air dan manusia juga hanya mampu bertahan tanpa air sekitar 3 - 5 hari sahaja. 
Hal ini merupakan fakta mengenai hubungan air dengan manusia, oleh itu manusia sememangnya memerlukan air bagi meneruskan kehidupan. 
Kita juga digalakkan untuk minum 8 gelas air putih sehari agar badan sentiasa terhidrat. 
Kni negara kita malaysia sedang dilanda fenomenab el nino dimana cuaca sangat  panas akan dirasaiakan dirasai dan keadaa akan menjadi sangat kering , oleh yang demikian kita dinasihatkan agar sentiasa minum air dengan cukup dan kerap mandi bagi mengelakkan diri dari diserang strok haba. 
Ibu bapa juga perlu perihatin terhadap aktiviti anak - anak agar tidak terlalu terdedah pada persekitaran luar yang panas. Para pekerja dan pelajar juga perlu mengehadkan segala aktiviti - aktiviti diluar bagi mengurangkan risiko dari diserang strok haba 

Monday, 4 April 2016

UNIT SISTEM PENJADUALAN PEMASARAN DAN PROMOSI RTM


Sambung dari cerita yang lepas, masa aku mula - mula masuk kerja tu tak de la gementar sangat sebab aku dah biasa kat dalam bangunan ni masa praktikal dulu, boleh dikatakan aku dah pro selok belok jalan kat setiap kawasan bangunan ni, ye la bile tak de keje nak buat mula la aku merayap sana sini lepastu aku siap boleh buat jalan short cut untuk sampai lebih cepat berbanding jalan utama nak ke lobi bangunan wisma tv ni, tapi tu mase buat praktikal la, kalau buat perangai macam tu masa waktu berkeje memang nak merelakan diri kene buang keje la kan. Jadinya mase aku mulakan keje memang agak pening dan kalut sikit la waktu tu, ye la mane taknya sume benda aku blaja dalam masa seminggu jew. Pastu pepandai la buat tugas sendiri tapi kalau tak tahu tu kenelah bertanya janganlah buat sombong bodoh kang kalau silap kene komplen dengan bos baru tahu. Tugas aku pada waktu tu pada dasarnya buat jadual periklanan radio dimana aku akan key in iklan - iklan yang tempah oleh klien. Setiap detail data mengenai iklan contohnya bahan iklan, masa, durasi iklan dan sebagainya perlulah direkodkan dengan betul dan tepat agar tidak mengalami sebarang masalah semasa proses siaran keudara radio dilakukan. DJ radio akan merujuk jadual iklan tersebut bagi menyiarkan sesuatu iklan oleh sebab itu proses menjadual iklan perlu dilakukan dengan teliti dan berhati - hati agar kesilapan tidak akan dilakukan. Tapi yang paling tak dapat dilupakan masa nak dekat bulan puasa dan hari raya tahun lepas sebabnya iklan nak masuk berlambak - lambak sangat dan pada waktu tu memang sibuk la sepanjang hari, yang penatnya aku la sebab aku kan kuli jew so kene la buat keje sampai malam, ade jugak aku pernah buat ot sampai pukul 11 malam sebab memang banyak gile iklan nak masuk siaran. Kebanyakkan iklan tu mengenai promosi untuk raya dan ucapan hari raya, waktu tu memang mencabar dan macam - macam dugaan timbul, tapi apa - apa pon aku tetap bersyukur kerana telah diberi peluang untuk bekerja dan menimba ilmu semasa disana. Aku juga berharap suatu hari nanti apabila aku tamat pengajian di UKM, aku dipanggil untuk berkhidmat disana kembali.

NANGKA

(isi buah nangka)


Buah nangka atau nama saintifiknya ARTOCARPUS HETERPPHYLLUS dan di dalam bahasa inggeris dikenali sebagai JACKFRUIT merupakan sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersial didalam pasaran. Rupa dan bentuknya yang besar membuatkan ia lebih mudah untuk dikenalpasti bagi sesiapa yang mengenalinya. 

(buah nangka)

Bagi yang tidak mengenali buah nangka, gambar diatas merupakan isi dan juga buah nangka yang telah matang dan boleh dimakan. Warna isinya yang menarik dan juga manis rasanya apabila dimakan membuatkan ramai yang mengemari rasanya. Isibuahnya yang berjus dan manis membuatkan para penggemar buah ini tidak jemu untuk mencari buah yang sungguh lazat ini. Bukan itu sahaja, buah nangka juga boleh dijadikan bahan utama dalam masakan. Contohnya pelbagai resepi masakan seperti kek, kuih, bubur, manisan dan pelbagai lagi. Disini saya sertakan antara resepi kek nangka madu yang boleh dicuba buat.


BAHAN-BAHANNYA 
125 gram mentega
120 gram gula kastor
1 biji telur gred A
125 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour)
1/4 camca teh esen nangka @ esen vanilla
125 ml susu segar
3 - 4 ulas nangka madu, ambik isinya dan hiris kasar (asingkan sedikit untuk hiasan)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA:- 

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan loaf bersaiz 6inci x 3inci x 2.5inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas dan lenser kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih dan gula larut. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan esen vanilla @ esen nangka dan nangka hiris, gaul rata, tuang dalam tin tadi dan tabur atasnya dengan hirisan nangka yang diasingkan sebagai hiasan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kek masak. Biar sejuk sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas redai. Boleh hidangkan.

Contoh gambar kek nangka madu.