Manusia seringkali diberi peluang namun mereka tidak menghargai peluang yang diberi dengan bersungguh - sungguh. Kadangkala peluang yang ada, manusia dengan mudah mensia - siakan dengan begitu sahaja dan mengakibatkan penyesalan yang mungkin akan memakan diri manusia itu sendiri.
Peluang yang datang adalah satu jalan yang hadir bagi manusia untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih serius tanpa ada sebab penyesalan yang bakal diterima pada masa akan datang. Manusia seharusnya mensyukuri setiap peluang yang ada dengan sebaiknya, mungkin peluang yang hadir adalah cuma sekali sahaja dalam seumur hidup.
Jika manusia masih lalai dan leka dalam hal yang tidak sepatutnya, maka ketahuilah bahawa ada manusia lain yang sedang berebut untuk memanfaat peluang yang terbentang luas bagi memajukan diri mereka.
Maka sangatlah rugi jika kita sentiasa melepaskan peluang yang ada di merata - rata.
Bukan itu sahaja, umat islam juga sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri mereka agar sentiasa kembali pada jalan Allah swt.
Pintu taubat sentiasa terbuka bagi umat islam, maka kita seharusnya menggunakan peluang yang diberi untuk sentiasa memperbaiki diri hari demi hari agar kita mendapat hidayah darinya.
Akhir kata manusia seharusnya sedar akan pelung yang ada disekeliling mereka, janganlah leka sehingga penyesalan yang terjadi membabkan kita tidak diberi peluang lagi untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.
No comments:
Post a Comment