Ok kali ni aku nak story pasal bende yang mengganggu hidup aku seminggu 2 ni. Ni ha benda yang aku cakap tu.
Bagi aku novel ni boleh la best, cerita die menarik dan saling berkait antara satu sama yang lain.
Cerita dalam novel ni adalah misteri kalau tngok pada kulit buku pon dah scary lagi, novel no dua tu dah la tak de tajuk.
Tapi tujuan sebenar aku tulis pasal tajuk kebetulan ni adalah disebabkan cerita realiti yang aku dan roomate aku sendiri yang kene, so bukannya aku nak bercerita pasal isi kandungan cerita dalam novel ni.
ini adalah novel ke 3 sambungan dari novel2 yang diatas
Aku nak cite la yang sabtu yang lepas aku dan roomate aku macam biasa kiteorang memang tidur lewat, die roomate aku tngah buat assingment dan aku tengah baca novel ketiga ni, masa tu dalam pukul 3 setengah lebih la.
Memang waktu tu aku tekun membace novel ni tanpa aku sedar hari sudah lewat sehingga pukul 4 pagi, tetibe roomate aku bersuara "sha ko nk pegi tandas tak" lalu aku terus jawab tak pe la aku tak nak pegi.
Setelah die pulang dari tandas lalu die pon terus tidur dan aku masih lagi tekun membaca novel yang seram ni.
Jam sudah pon menunjukkan tepat pukul 4.30 pagi, dan aku masih membace novel ni, niat dihati nak tidur la tapi (aku dalam keadaaan baring dan menghadap roomate aku yang sedang tidur diatas katil sambil pegang buku novel ni) aku ternampak sesuatu barang bergolek diatas lantai, bila aku tengok ohh rupanya hanya highlighter yang berwarna kuning jew, tapi dihati still rasa pelik la kenape tetibe bergerak pulak kan highlighter tu.
Aku mula rase tak sedap hati dan terus bace ayat kursi 3 kali, selepas tu aku mula nampak yang roomate aku macam tak selesa bile die tidur, die mula tergaru - garu muka die dan bergerak sana sini sampailah die terbuka mate dan terus tujuk pada aku sambil jerit2 nama aku farisha! farisha!, lalu aku pon dengan pantas terus melompat ke katil die sambil peluk die, memang mase tu aku tengah ketakutan, entah apa yang die nampak kat belakang aku.
Tapi yang peliknya mase aku datang peluk die tu terus die pujuk aku die kate " shuhhh dh takde ape2 pon dengan sambil tangan die usap2 belakang badan aku" dan aku pon cakap "ape ko cakap tak de ape2 do, yang ko tunjuk jari kat aku sambil jerit name aku tu dan kenape, ko ingat aku tak takut ke ko buat macam tu kat aku hahh" dan die pon cakap "mane ade aku tunjuk kat ko dan jerit name ko aku kebelangkang sikit n aku yang terkejut nampak rambut ko mengerbang n pandang aku macam mara jew".
Lalu aku pon bangun dari katil dan terus buka lampu bilik sebab denagan berbekalkan lampu meje belaja yang kurang terang membuatkan perasaan aku jadi tidak tenang.
Dan kesimpulanye memang kejadian yang jadi pada diri aku ni memang pelik dan misteri la mungkin Allah nak menguji aku ataupun memang syaitan sengaja nak kacau aku dengan roomate aku pepagi buta, ade ke bile aku soal die kenape buat aku mcm tu n die kate die tak ingat part yang die tujuk kat aku sambil jerit name aku, so malam tu memang tak boleh nak tido kiteorang just bincang tentang perkara yang baru berlaku tu dan tunggu azan untuk solat subuh.
Tapi sebenarnye memang ade kebetulan sama dengan part cerita seram dalam buku novel ketiga yang aku bace ni, so ianya memang menjadi misteri buat diri aku sendiri yang terkene dengan kejadian malam tu dengan roomate aku. Mungkin ianya hanya menjadi misteri antara aku yang tngah bace novel tu dan dengan roomate aku sendiri.TAMAT.
No comments:
Post a Comment