Monday, 30 May 2016

SABAR

Sabar itu separuh daripada iman. 
Manusia yang selalu bersabar dalam apa jua keadaan selalu mendapat manfaatnya. Apabila kita bersabar ia akan memupuk diri kita agar lebih tenang dalam melakukan sesuatu perkara. 

Sabar juga mampu membuatkan diri kita sentiasa dalam keadaan terkawal tidak kira apa jua situasu yang bakal kita tempuhi. Contahnya apabila kita sedang marah, maka dengan sifat sabar yang ada dalam diri kita mampu untum mengawal perasaan marah tersebut.

Selain itu, sifat sabar juga memberi banyak kelebihan seperti diri kita akan disayangi oleh orang sekelilling, apabila kita bersabar maka rakan -rakan juga akan berasa selesa bersahabat dengan kita jika dibandingkan dengan orang yang sifatnya tidak penyabar. 
Manusia yang tidak mempunyai sifat sabar kebiasaan akan dibenci oleh orang sekelilingnya.
 Hal ini kerana, jika seseorang itu tidak mempunyai sifat sabar maka mereka kebiasaannya akan melakukan hal sendiri tanpa menghiraukan orang lain mahupun keadaan sekeliling.

Sifat sabar juga mampu untuk memupuk diri agar lebih ikhlas dan bersyukur dalam melakukan sesuatu perkara. Maka sebagai umat islam kita sentiasa digalakkan untuk bersabar, tidak kira dalam mejalani kehidupan seharian mahupun melakukan ibadah. Akhir kata, manusia yang bersabar akan sentiasa berasa tenang dan disayangi oleh Allah swt.

SESAL

Manusia sering kali akan berasa sesal deangan apa yang telah mereka lakukan. Penyesalan yang dirasai akan membuatkan diri seseorang merasa tidak tenang dan sentiasa menyesali akan kesilapan yang telah dilakukan.

Keputusan dalam melakukan sesuatu perkara perlulah dipertimbangkan dengan sewajarnya ajar ia tidak akan mendatangkan sebarang penyesalan dalam diri. Penyesalan yang terjadi mungkin akibat dari tindakkan yang tidak berfikir panjang serta tidak memikirkan akibat yang bakal diterima.

Sebagai contohnya, seorang pencuri sanggup membunuh mangsanya tanpa memikirkan hukuman yang bakal diterimanya pada masa akan datang.

Kita sebagai manusia yang telah diberikan akal dan fikiran serta dapat membezakan perkara baik atau buruk perlulah sentiasa membuat pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan agar kita tidak menyesali atas segala tindakan yang telah kita lakukan.

Monday, 23 May 2016

SEPI


KRIK KRIK, tibe - tibe aku rase macam dengar bunyi cengkerik jew, adakah ia menandakan bahawa aku sedang dilanda sepi.

Ya, memang aku sedang sepi.
Mungkin bagi kawan - kawanku yang lain tidak merasakan apa yang sedang aku alami.

Mungkinkah aku rindu pada yang maha esa atau ibu bapa ataupun..??

Entah la, jangan diikutkan sangat perasaan ini nanti memakan diri balik, tetibe teringat kata - kata orang tua.

Memang kadangkala aku terasa kesunyian, mungkin disebabkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar membuatkan jadual harian aku sentiasa padat tanpa ada masa untuk diluangkan bersama orang yang tersayang.
Perasaan sepi pula akan hadir tak kala, bila aku duduk sorang - sorang dalam bilik sambil melakukan aktiviti harian sedangkan roomateku dan rakan - rakan yang lain sedang sibuk melayari bahtera percintaan mereka di luar sana.

Sungguh aku sepi. Sepi tanpa kehadiran orang yang aku sayangi.

Ye la, mungkin aku sorang jew yang masih tidak berpunya, tapi rase sunyi yang hadir bukan disebabkan aku still tak de pakwe, aku cuma nak kan kawan - kawan, keluarga atau orang yang selalu rapat dengan aku sentiasa ada waktu bersama aku susah ataupun senang.

Entahlah mungin aku ni yang terlalu ikut perasaaan, tapi entah kenapalah sejak kebelakangan ni aku tak nak duduk sorang - sorang, kerana perasaan sepi kesunyian tu yang akan hadir dan boleh menyebabkan aku berasa sedih tanpa sebab.

Macam parah jew penyakit aku ni, rasenye ada ubat tak...??




PELUANG

Manusia seringkali diberi peluang namun mereka tidak menghargai peluang yang diberi dengan bersungguh - sungguh. Kadangkala peluang yang ada, manusia dengan mudah mensia - siakan dengan begitu sahaja dan mengakibatkan penyesalan yang mungkin akan memakan diri manusia itu sendiri.


Peluang yang datang adalah satu jalan yang hadir bagi manusia untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih serius tanpa ada sebab  penyesalan yang bakal diterima pada masa akan datang. Manusia seharusnya mensyukuri setiap peluang yang ada dengan sebaiknya, mungkin peluang yang hadir adalah cuma sekali sahaja dalam seumur hidup.
Jika manusia masih lalai dan leka dalam hal yang tidak sepatutnya, maka ketahuilah bahawa ada manusia lain yang sedang berebut untuk memanfaat peluang yang terbentang luas bagi memajukan diri mereka. 
Maka sangatlah rugi jika kita sentiasa melepaskan peluang yang ada di merata - rata.

Bukan itu sahaja, umat islam juga sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri mereka agar sentiasa kembali pada jalan Allah swt. 
Pintu taubat sentiasa terbuka bagi umat islam, maka kita seharusnya menggunakan peluang yang diberi untuk sentiasa memperbaiki diri hari demi hari agar kita mendapat hidayah darinya.

Akhir kata manusia seharusnya sedar akan pelung yang ada disekeliling mereka, janganlah leka sehingga penyesalan yang terjadi membabkan kita tidak diberi peluang lagi untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.


Monday, 16 May 2016

INSPIRASI

Kejayaan yang diperolehi kebiasaanya bukan datang bergolek, 
Berbagai halangan dan dugaan yang bakal ditempuh untuk mengecapi sesuatu kejayaan. 
Kejayaan yang terhasil merupakan sesuatu perasaan yang sangat manis apabila ianya berjaya dikecapi dengan disertakan usaha yang setimpal.


Manusia yang memperoleh kejayaan, sentiasa mempunyai dorong dalam kehidupan, mungkin dari keluarga, kawan mahupun dari orang yang tersayang selain dari diri mereka sendiri. 
Ada juga yang mencontohi tokoh - tokoh atau individu - individu yang memperolehi kejayaan yang besar dan menjadikan mereka sebagai inspirasi bagi meningkatkan semagat dan dorong dalam diri.

Bagi diri aku, aku telah menjadikan keluarga aku sebagai inspirasi dalam aku mengecapi kejayaan dalam hidup ini. 
Mama papa adalah insan yang tidak pernah putus - putus memberikan kata- kata dorangan kepada diri aku sehingga ke hari ini, 
Sejak dari sekolah hingga ke peringkat universiti mereka tidak pernah putus asa memberikan segala keperluan untuk diri aku bagi memiliki sebuah kejayaan.

Abang ku yang sulung serta adik - beradik ku yang lain telah aku jadikan mereka sebagai inspirasi dalam bidang akademik. 
Dari segi akademik mereka memang handal dan hebat jika dibandingkan dengan diri aku, maka itu seharusnya aku perlu mencontohi mereka jika aku ingin menjadi yang lebih baik dari mereka.

Akhir kata, keluarga aku adalah inspirasi bagi diri aku sejak dari kecil sehingga kini, Walau apa jua yang telah aku lakukan mereka adalah insan yang sentiasa berada disampingku dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada susah atau senang.

PUTUS

Putus perkataan yang dapat digambarkan bahawa sesuatu yang tidak kuat atau pun rapuh, mungkin juga tidak kukuh maka itulah gambaran bagi perkataan PUTUS.

Namun bagi diri aku, perkataan putus selalu digambarkan dengan kegagalan iaitu "PUTUS ASA".


Manusia memang dipenuhi dengan sifat yang lemah, kita sebagi hambanya jangan mudah berputus asa dalam melakukan apa jua perkara sekali pun. 
Syaitan adalah penghasut utama yang ingin memusnahkan umat nabi Muhammad dimuka bumi ini, maka dengan itu kita janganlah sesekali perputus asa dalam melakukan sesutu perkara tanpa berusaha dengan bersungguh - sungguh.

Putus asa, merupakan jalan buntu yang akhir dan tiada jalan penyelesaian. Manusia yang sering berputus asa boleh dikatogerikan sebagai manusia yang lemah. 
Kita perlulah berjuang sahabis yang mungkin dalam melakukan sesuatu perkara agar hasil yang ingin diperolehi akan tercapai. Jika kita sering berputus asa, maka impian dan kejayaan yang ingin diperolehi hanya akan menjadi angan - angan semata - mata.

Oleh itu, kita perlu sentiasa memotivasikan diri supaya menjadi insan yang kuat dan bersemangat waja dalam melakukan apa jua perkara sekalipun.
Moga usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang diingini tanpa berputus asa dengan mudahnya.

Monday, 9 May 2016

KEBETULAN

Ok kali ni aku nak story pasal bende yang mengganggu hidup aku seminggu 2 ni. Ni ha benda yang aku cakap tu.




Bagi aku novel ni boleh la best, cerita die menarik dan saling berkait antara satu sama yang lain. 
Cerita dalam novel ni adalah misteri kalau tngok pada kulit buku pon dah scary lagi, novel no dua tu dah la tak de tajuk. 
Tapi tujuan sebenar aku tulis pasal tajuk kebetulan ni adalah disebabkan cerita realiti yang aku dan roomate aku sendiri yang kene, so bukannya aku nak bercerita pasal isi kandungan cerita dalam novel ni.

ini adalah novel ke 3 sambungan dari novel2 yang diatas

Aku nak cite la yang sabtu yang lepas aku dan roomate aku macam biasa kiteorang memang tidur lewat, die roomate aku tngah buat assingment dan aku tengah baca novel ketiga ni, masa tu dalam pukul 3 setengah lebih la. 
Memang waktu tu aku tekun membace novel ni tanpa aku sedar hari sudah lewat sehingga pukul 4 pagi, tetibe roomate aku bersuara "sha ko nk pegi tandas tak" lalu aku terus jawab tak pe la aku tak nak pegi. 
Setelah die pulang dari tandas lalu die pon terus tidur  dan aku masih lagi tekun membaca novel yang seram ni. 
Jam sudah pon menunjukkan tepat pukul 4.30 pagi, dan aku masih membace novel ni, niat dihati nak tidur la tapi (aku dalam keadaaan baring dan menghadap roomate aku yang sedang tidur diatas katil sambil pegang buku novel ni) aku ternampak sesuatu barang bergolek diatas lantai, bila aku tengok ohh rupanya hanya highlighter yang berwarna kuning jew, tapi dihati still rasa pelik la kenape tetibe bergerak pulak kan highlighter tu. 

Aku mula rase tak sedap hati dan terus bace ayat kursi 3 kali, selepas tu aku mula nampak yang roomate aku macam tak selesa bile die tidur, die mula tergaru - garu muka die dan bergerak sana sini sampailah die terbuka mate dan terus tujuk pada aku sambil jerit2 nama aku farisha! farisha!, lalu aku pon dengan pantas terus melompat ke katil die sambil peluk die, memang mase tu aku tengah ketakutan, entah apa yang die nampak kat belakang aku.

Tapi yang peliknya mase aku datang peluk die tu terus die pujuk aku die kate " shuhhh dh takde ape2 pon dengan sambil tangan die usap2 belakang badan aku" dan aku pon cakap "ape ko cakap tak de ape2 do, yang ko tunjuk jari kat aku sambil jerit name aku tu dan kenape, ko ingat aku tak takut ke ko buat macam tu kat aku hahh" dan die pon cakap "mane ade aku tunjuk kat ko dan jerit name ko aku kebelangkang sikit n aku yang terkejut nampak rambut ko mengerbang n pandang aku macam mara jew".

Lalu aku pon bangun dari katil dan terus buka lampu bilik sebab denagan berbekalkan lampu meje belaja yang kurang terang membuatkan perasaan aku jadi tidak tenang. 
Dan kesimpulanye memang kejadian yang jadi pada diri aku ni memang pelik dan misteri la mungkin Allah nak menguji aku ataupun memang syaitan sengaja nak kacau aku dengan roomate aku pepagi buta, ade ke bile aku soal die kenape buat aku mcm tu n die kate die tak ingat part yang die tujuk kat aku sambil jerit name aku,  so malam tu memang tak boleh nak tido kiteorang just bincang tentang perkara yang baru berlaku tu dan tunggu azan untuk solat subuh. 
Tapi sebenarnye memang ade kebetulan sama dengan part cerita seram dalam buku novel ketiga yang aku bace ni, so ianya memang menjadi misteri buat diri aku sendiri yang terkene dengan kejadian malam tu dengan roomate aku. Mungkin ianya hanya menjadi misteri antara aku yang tngah bace novel tu dan dengan roomate aku sendiri.TAMAT.

CARUT

Carut, mencarut, carutan semuanya menunjukkan kepada perkara yang negatif. Manusia sering kali akan mengeluarkan perkataan carut apabila marah, terkejut, melatah dan sebagai, ianya bergantung kepada kepada situasi juga keadaan sekeliling yang boleh menyebabkan seseorang itu mencarut.



Tapi ada juga manusia yang suka mengeluarkan perkataan mencarut dengan sengaja, mereka sudah biasa atau selesa dengan perkataan carutan bahkan ade juga sesetengahnya yang memang menggunakan perkataan carut dalam pertuturan seharian.
 Contoh perkataan carut yang sering didengari bod*h, b*b*, p*nd*k, dan sebagainya.
Seperti diri aku juga, aku manusia yang lemah dan mempunyai banyak kekurang, aku juga sering mencarut terutama bila berjumpe dengan roomate aku. 
Disebabkan aku dan roomate aku sering bercerita dan bergurau senda,  kadang kala sehingga usikan beliau ke atas diri aku akan menyebabkan aku sering mengeluarkan perkatan carutan kepadanya, namun bagi kami itu hanyalah jenaka yang sering dilakukan setiap hari tanpa sedikit pon ambil hati diantara satu sama lain.
Kesimpulannya, kita seharusnya mengelak dari mencarut kerana ia suatu percakapan yang tidak sopan dan tidak elok didengar apatah lagi apabila didengar oleh masyarat umum khususnya golongan kanak - kanak. Bagi mengawal diri dari mengeluarkan perkataan carut kita perlu banyak muhasabah diri dan sentiasa mengawal percakapan kita apabila bercakap dengan individu yang lain.



Monday, 2 May 2016

CINTA

Cinta merupakan perasaan yang sukar untuk diungkapkan, sesuatu yang mampu membuat seorang insan terasa sangat bahagia dan terasa diri disayangi. 

Cinta juga mampu membuatkan diri berkhayal dan berangan - angan sepanjang masa tentang si dia yang dicintai.

Cinta juga boleh menjadi racun pada diri, jika tidak pandai menguruskannya.

Cinta, siap hari manusia memikirkan tentang cinta, sama ada pada insan yang disayangi mahupun pada tuhan yang esa.

Cinta adalah kesetiaan, tanpa setia maka itu bukanlah cinta yang sejati, melainkan ia adalah perasaan suka.



Cinta merupakan perkataan atau perasaan yang paling mahal bagi diri aku, tak dapat aku ungkap atau luahkan perkataan mahu pun perasan cinta ini dengan mudahnya. 
Ianya sesuatu yang hanya aku boleh tunjukkan dengan cara perbuatan sahaja. 
Mungkin aku tidak mempunyai pengalaman bercinta seperti orang lain, namun sebelum aku bercinta aku perlu mempersiapkan diri sebagai orang yang hendak bercinta. Bagi aku cinta ini merupakan tanggungjawab yang besar bukan semata - mata pada ucapan sahaja. Manusia yang bersedia sahaja mampu mungukapkan kata - kata cinta dengan perasaan tulus dan ikhlas. Namun kita sebagai hambanya yang maha esa, perlulah sentia mencintai Allah yang esa lebih dari segala yang ada di muka bumi ini.


LIPAS

Lipas merupakan serangga yang terkenal dan tidak mungkin pun sesiapa tidak mengenali serangga yang bernama lipas ini. 

Dari gambar diatas, dapatlah dilihat bahawa dengan bentuk fizikalnya yang menggelikan serta menakutkan mampu membuatkan aku naik bulu roma apabila menulis tentang lipas ni. 
Terbit rasa sedikit menyesal apabila pilih tajuk lipas untuk menulis tema blog pada kali ini. Walau apa - apa pun aku akan cuba untuk menulis dan menjelaskan bahawa kenapa aku amat takut pada makhluk yang bernama lipas ini. 

Pertamanya aku adalah manusia yang amat peka sekali apabila kelibat makhluk yang bernama lipas ni hadir secara senyap. 
Kehadirannya yang tidak diundang mampu membuatkan suasana yang tenang menjadi riuh rendah dengan sekelip mata. 

Bagi golongan yang takut dengan lipas ini tentunya akan sentiasa bersiap sedia menyelamatkan diri mereka apabila kehadiran lipas dapat dilihat dengan mata yang tajam, apatah lagi jika lipas tadi mula kembangkan sayap untuk terbang pada mangsanya.
 Ehh kalau lipas tu dah mula ready nak terbang, ha mulalah aku jadi tak keruan, memang tak tenang hidup aku dibuatnya.

Seterusnya, perasaan apabila ternampak lipas ni sama macam ternampak kelibat hantu. 
Kalau nampak jew lipas lalu, mulalah aku terus jadi macam orang kene histeria, terus lari dan menjerit nak selamatkan diri, tak pon pada siapa yang suka menyakat aku dengan lipas ni pon free jew dapat carutan dan makian dari aku.

Part yang paling best sekali masa aku tengah tulis pasal lipas ni pun kawan aku boleh sakat aku, ada pulak die baling sampah gula - gula hack yang warna merah tu kat aku, memang aku menjerit la, dan setepek kawan aku dapat carutan free dari aku  hahaa, ye la aku ingatkan lipas terbang yang singgah kat key pad laptop aku ni. 

Ahkir kata, sememangnya aku ni memang takut pada lipas ni, dan aku pun tak tahu cara nak hilangkan rasa takut dan geli pada makhluk lipas ni. Semoga aku tabah untuk tempuh hari - hari yang mendatang apabila ternampak dengan kelibat makhluk yang bernama lipas ini.