Monday, 6 June 2016

NOKTAH

NOKTAH.Satu simbol yang halus, kecil dan selalu dipandang remeh pada mata dunia. Namun pada realitinya tanpa simbol diskrit ini sepotong ayat tiada penghujungnya, sebuah esei tiada penutupnya.

Betapa pentingnya noktah ini umpama penyeri kepada segala cerita di dunia. Maksudnya yang jelas sbagai pengakhiran atau penamat memainkan peranan penting dalan setiap  warna warni kehidupan makhluk yang bergelar manusia. 

Pada aku simbol ini adalah istimewa dan luar biasa, sama seperti simbol-simbol yang lain kerana tidak ramai yang tahu akan asal usulnya dan penciptanya sepanjang zaman peradaban manusia.

Namum bagi aku perkatan noktah  ini adalah berbeza dan lebih istimewa berbanding simbol-simbol yang lain.Ini kerana noktah membawa maksud yang sangat mendalam sama ada simbol ini melambangkan sebuah pengakhiran yang gembira mahupun duka dan tragis. Tanpa simbol ini juga sebuah pengakhiran tidak akan ada sebuah permulaan yang baharu.faham?

Monday, 30 May 2016

SABAR

Sabar itu separuh daripada iman. 
Manusia yang selalu bersabar dalam apa jua keadaan selalu mendapat manfaatnya. Apabila kita bersabar ia akan memupuk diri kita agar lebih tenang dalam melakukan sesuatu perkara. 

Sabar juga mampu membuatkan diri kita sentiasa dalam keadaan terkawal tidak kira apa jua situasu yang bakal kita tempuhi. Contahnya apabila kita sedang marah, maka dengan sifat sabar yang ada dalam diri kita mampu untum mengawal perasaan marah tersebut.

Selain itu, sifat sabar juga memberi banyak kelebihan seperti diri kita akan disayangi oleh orang sekelilling, apabila kita bersabar maka rakan -rakan juga akan berasa selesa bersahabat dengan kita jika dibandingkan dengan orang yang sifatnya tidak penyabar. 
Manusia yang tidak mempunyai sifat sabar kebiasaan akan dibenci oleh orang sekelilingnya.
 Hal ini kerana, jika seseorang itu tidak mempunyai sifat sabar maka mereka kebiasaannya akan melakukan hal sendiri tanpa menghiraukan orang lain mahupun keadaan sekeliling.

Sifat sabar juga mampu untuk memupuk diri agar lebih ikhlas dan bersyukur dalam melakukan sesuatu perkara. Maka sebagai umat islam kita sentiasa digalakkan untuk bersabar, tidak kira dalam mejalani kehidupan seharian mahupun melakukan ibadah. Akhir kata, manusia yang bersabar akan sentiasa berasa tenang dan disayangi oleh Allah swt.

SESAL

Manusia sering kali akan berasa sesal deangan apa yang telah mereka lakukan. Penyesalan yang dirasai akan membuatkan diri seseorang merasa tidak tenang dan sentiasa menyesali akan kesilapan yang telah dilakukan.

Keputusan dalam melakukan sesuatu perkara perlulah dipertimbangkan dengan sewajarnya ajar ia tidak akan mendatangkan sebarang penyesalan dalam diri. Penyesalan yang terjadi mungkin akibat dari tindakkan yang tidak berfikir panjang serta tidak memikirkan akibat yang bakal diterima.

Sebagai contohnya, seorang pencuri sanggup membunuh mangsanya tanpa memikirkan hukuman yang bakal diterimanya pada masa akan datang.

Kita sebagai manusia yang telah diberikan akal dan fikiran serta dapat membezakan perkara baik atau buruk perlulah sentiasa membuat pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan agar kita tidak menyesali atas segala tindakan yang telah kita lakukan.