Monday, 28 March 2016

RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta tiga saluran televisyen. Itu adalah sedikit latar belakang mengenai rtm, bukan apa tetiba aku ingin nak tulis pasal rtm ni mybe aku rindu kot kat rtm ni. Pada tahun lepas 2015 sebelum aku masuk UKM untuk sambung belaja, aku pernah bekerja di rtm walaupun bukan sebagai pekerja tetap namun tugas yang aku pikul waktu tu amat berat almaklumlah keje yang berkaitan dengan bidang penyiaran memang mencabar dan kene on time jew kalau tak mesti kene mara la. Sebenarnya sebelum aku dapat keje kat rtm ni aku pernah buat praktikal kat rtm masa sem last diploma, waktu tu aku start buat praktikal bulan 12.2014 dan habis praktikal pada awal bulan 4.2015. Pada awal bulan 5 tahun lepas aku ditawarkan untuk berkerja di Bahagian Pemasaran & Promosi RTM dan aku ditempatkan dibawah Sistem Penjadualan Pemasaran dan Promosi. Pendek cerita aku ditempat bahagian penjadualan iklan tv dan radio. Jadinya aku telah ditugaskan untuk key in dan susun jadual periklanan radio, masa tu aku kene jaga radio Kedah fm, langkawi fm, Negeri fm, Melaka fm, dan Nasional fm. So aku saja nak bercerita yang aku banyak timba pengalaman mase aku kat rtm ni. Kekadang rindu kat sana, ada jugak kalau cuti aku pegi sana memandangkan jarak rumah aku dan rtm ni sangatlah dekat kalau naik kereta dan tak jem adalah lebih kurang 5 minit. Ok sampai disini sahaja dan mungkin akan bersambung lagi cerita ini.


Pintu masuk ke pejabat sistem penjadualan pemasaran dan promosi rtm

PASRAH

Sebagai  seorang hamba Allah, apa yang telah kita usahakan perlulah disertakan dengan doa supaya apa yang dihajati akan dimakbulkan dengan dizinnya.  Kita perlulah berusaha dengan gigih agar mencapai apa yang kita impikan bukan sekadar pasrah semata – mata. Doa dan bertawakal selepas usaha adalah amat penting bagi mendapat keredhaan Allah dalam apa jua yang telah kita usahakan.  Sikiranya sikap pasrah didahulukan selum kita melakukan sesuatu usaha maka ganjaran yang bakal diperolehi tidak akan menepati dengan apa yang kita idamkan . Oleh itu, kita perlulah berusaha dalam apa jua yang kita lalukan sama ada dalam menjalani kehidupan, pekerjaan, pelajaran dan sebagainya agar segala yang dilakukan mendapat keberkatan didunia mahupun diakhirat kelak.


Dari Umar bin Al Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya kalian betul-betul bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali kesokkan harinya dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Al Hakim. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no. 310)




Tuesday, 22 March 2016

MAKEUP


Wahh tajuk yang memang menarik perhatian para gadis – gadis sama ada kanak – kanak, remaja mahupun orang dewasa. Makeup memang tidak dapat diasingkan dengan wanita. Siapa sahaja ingin kelihatan cantik berseri tidak kira memerlukan kos yang mahal atau pun murah. Lambakan pelbagai jenama produk kosmetik telah menjadikan para wanita berpusu – pusu untuk mencari produk yang terbaik bagi kecantikan wajah meraka. Saya juga amat meminati makeup sama seperti wanita lain, namun ada juga segelintir yang tidak meminatinya. Wanita yang sering memakai makeup selalunya akan kelihatan berseri dan wajahnya tidak kelihatan kusam berbanding yang tidak memakai makeup. Wanita yang tidak memakai makeup pula selalunya akan menngekalkan prinsip sentiasa kelihatan natural tanpa memakai sebarang solekan keatas wajah meraka. Bersolek atau tidak adalah terpulang kepada atas individu masing – masing. Namun ada juga tomahan yang dilemparkan kepada wanita yang suka memakai makeup, mereka sering ditomah sebagai wanita fake kerana telah memakai makeup tanpa mengekalkan muka yang natural. Seharusnya kita perlulah saling hormat dan jangan menghakimi antara satu sama lain. Wanita yang sering memakai makeup juga dinasihatkan sentiasa mengekalkan makeup yang natural tanpa mengubah bentuk wajah yang asal dan janganlah memakai makeup yang terlalu berat melainkan ketika hendak menghadiri ke sesuatu majlis. 

Monday, 21 March 2016

LEMAU

Berdasarkan pada tajuk pon dah tahu lemau itu ape, lemau bermaksud makanan yang telah didedahkan kepada angin. Apabila makanan telah didedahkan kepada angin ia akan mengakibatkan sifat asal makanan tersebut hilang. Contohnya, biskut atau keropok yang telah lama didedahkan ia akan menjadi lembik dan liat apabila dikunyah berbanding sikat asalnya yang keras dan ranggup. Lemau juga sering dikaitkan dengan pelajar,  percaya atau tidak ianya adalah benar kerana di Malaysia jika pelajar berada didalam kelas tidak bersemangat sudah pastinya Cikgu atau Pensyarah yang mengajar pada ketika itu akan mengatakan para pelajarnya lemau. Jadinya para pelajar tersebut bolehlah disama ertikan dengan biskut atau keropok yang telah dimasuki angin. Bukan itu sahaja, kadang kala kita juga memang akan merasai lemau pada diri sendiri. Ianya mungkin disebabkan kekurangan tenaga pada badan dan akan membuatkan diri kita nampak lebih lesu atau lemau.Walaupun agak pelik, tetapi itulah yang saya tahu bahawa perkataan lemau ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Jadi kita perlulah sentiasa bersemangat dan cergas agar tidak dipandang LEMAU oleh orang lain.


Tuesday, 15 March 2016

PRODUK

Kini di Malaysia terdapat beribu –  ribu lambakan produk yang berada dipasaran. Tidak kira murah atau mahal, para peniaga menggunakan pelbagai tektik dan teknik untuk menarik perhatian pelanggannya. Ada juga sesetengah peniaga yang hanya mementing keuntungan tanpa memikirkan faedah yang bakal diterima oleh pelanggannya. Produk kecantikan dan kesihatan memang tidak dapat dinafikan lebih popular berbanding produk yang lain kerana mejoriti akan digemari oleh kaum wanita. Keinginan untuk tampil lebih cantik dan sihat dikalangan kaum hawa ini memamg tidak disangkal lagi kerana sememangnya wanita suka mementingkan kecantikan sama ada dalaman mahupun luaran. Lambakan pelbagai produk dipasaran sudah tentu menjadi perhatian dalam ingin memiliki atau mencapai matlamat yang diimpikan oleh para wanita. Oleh itu, para kaum hawa dinasihatkan agar lebih berhati – hati dalam membuat pilihan agar perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku dan menjejaskan diri sendiri. Mencari maklumat serta  mengkaji kebaikkan dan keburukan tentang produk yang ingin dibeli adalah amat penting bagi memastikan produk tersebut adalah selamat digunakan tanpa ada kesan buruk yang akan dihadapi oleh para pengguna.


LESU




Lesu memamg satu sifat yang negatif. Tidak dapat untuk dinafikan bahawa sifat lesu kadang kala atau sering kali menyerang manusia. Apabila sifat ini menyerang, manusia akan kelihatan tidak bermaya, badan terasa malas, minda terasa beku dan tiada tanda – tanda positif dapat dilihat pada seseorang yang telah diserang sifat lesu. Sifat lesu akan menjadikan diri seseorang akan menjadi pasif dan tidak aktif. Mereka selalunya akan kelihatan seperti orang yang sakit kerana dapat dilihat pada pergerakan serta raut wajah yamg kurang bermaya. Oleh itu pelbagai langkah boleh diambil bagi mencegah sifat negatif ini antaranya kita perlu minum air dengan cukup bagi mengelakkan lesu. Air yang cukup akan membekalkan oksigen ke seluruh badan maka sekali gus badan dan minda akan terasa segar dan cergas. Sebagai individu yang bekerja mahupun pelajar kita dinasihatkan untuk minum air, kerana air dapat memberikan tenaga kepada badan dan kita juga dapat melakukan segala aktiviti harian dengan lebih cergas.

Monday, 7 March 2016

TUDUNG BAWAL VS SELENDANG

Tudung merupakan isu hangat yang sering diperkatakan setiap hari oleh kaum wanita, malahan kaum adam juga turut sama tidak terlepas pandang dengan isu tudung kini. Tudung oh tudung, ade bermacam –  macam jenis tudung. Tapi yang paling menambat hati baku adalah tudung bawal. Entah kenapa lah aku tak suka pakai selendang macam akak-akak yang cantik kat luar tu. Aku rase memang cantik jew kalau perempuan pakai selendang ni. Tapi persoalannya adakah selesa bila memakai selendang.?, jawapannya tidak bagi aku hahaa. Aku tak suka pakai selendang, sebabnya bila aku pakai terasa seperti dicekik pada bahagian leher belakang. Puas jugak aku cube lilit untuk tak kasi rase tercekik tu ade, tapi hampeh memamg rase jugak kene cekik bile cube pakai. Ade jugak aku pakai selendang bile teringin nak pakai tu pon memamg jarang la, tapi bile dah pakai tu mule la rase macam robot pon ade sebab nk toleh ke kiri dan kanan pon payah. Jadinya aku ni memang kene pkai tudung bawal la untuk keselesaan, mujurlah ade tudung bawal AJ (aidijuma). Tudung bawal aj ni la yang aku pakai setiap hari, nak buat gaya selendang pon boleh, sangat selesa dan tak rase tercekik pon bile aku pakai dan yang paling best tak perlu nak gosak tudung banyak kali sebab tudung aj ni tak berkedut pon.


AKU

Nama aku nufarisha nadia bt ahmad khirri, selalu kawan- kawan aku panggil aku sha, farisha atau caca. Umur aku tahun ni dah masuk 22 tahun, hurmm cepatnye dah jadi tue. Aku tinggal dekat KL. Aku ni jenis manusia yang paling takut dengan serangga, mungkin sebab aku duduk rumah flat yang memang tak de binatang melainkan kucing, cicak n lipas (serangga yang paling aku tak suka eee), jadi kalau ade jew serangga tolonglah jangan acah- acah serangga tu kat aku, sebab dulu sorang member aku pernah kene carutan dengan aku, itu pun bukan aku sengaja, sape suruh buat mcm tu kan dah dapat habuaanya. Sebelum aku bercerita lebih panjang lagi ni aku nak bagi tahu, rasenye ni kali kedua aku buat blog, dan kedua- dua blog yang aku ade ni adalah terhasil dari tugasan yang pensyarah bagi. Ape-ape pon aku bersyukur disebabkan tugasan yang diberi,  aku dapat belajar cara untuk menghasilkan blog. Jadi selepas ni, ape – ape ilmu yang kita pelajari haruslah dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin ok.